Friday 19 August 2011

APA ITU KONSTRUKTIVISME????

  • Konstruktivisme’ membawa maksud falsafah membina. Ia digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi,pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral.Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977). 
  • Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.
  • Menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar.
  • Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya.
  • Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.
  • Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.