Monday 13 June 2011

Kenali diriku.

           Bila terlihat blog orang lain, teringin buat blog sendiri. Ha3, first time katakan. Hidup kena berani, baru berjaya. Kena usaha lebih sedikit. Setelah membuat pembacaan daripada buku-buku di library, Insyaallah saya cuba teruskan.

           Gelar diri sebagai Sarjana Pena. Lahir di Perak tapi dibesarkan di Negeri Sembilan. Hmm...., kini masih mengikuti kursus perguruan di IPG Kampus Raja Melewar. Syukur kerana ditempatkan di situ.
Logo IPG Kampus Raja Melewar
          Kalau kalian ingin jadi guru, segeralah mohon untuk lepasan SPM atau KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) melalui sistem online kini. Ada elaun sedikit yang diberi bagi menampung keperluan diri. Segelintir masyarakat sering memandang rendah pada guru lepasan maktab, tetapi saya bersyukur kerana apabila habis belajar, insyaallah saya ditempatkan ke mana2 sekolah rendah termasuk Sabah dan Serawak. Dapatlah saya berbakti kepada masyarakat.
Pengambilan Pelajar Baru Ppismp Mt/Bi/Bm ambilan Julai 2009
Aktiviti riadah di Taman Tasik Seremban 2
         Hidup di institut ini memang selesa dan kurang membebankan. Masa terluang dapat digunakan bagi aktiviti riadah dan kelas tambahan. Pensyarah dapat mengajar subjek dalam kumpulan yang kecil, tidak seperti sesetengah universiti yang mengadakan kuliah dalam jumlah yang ramai. So, interaksi pensyarah dan pelajar berlaku dalam suasana yang selesa. 
         Sebelum mengikuti kursus perguruan, saya nasihatkan agar kalian memusabahkan diri. Fikirlah demi masa depat kalian sebelum mengikuti pelbagai bidang pilihan  di Universiti. Kini, ramai penganggur lepasan diploma sukar mendapat perkerjaan. Janganlah membuat banyak pinjaman pada usia muda kerana akan membebankan kehidupan pada masa akan datang. Fikir untuk diri anda, buat yang terbaik. Senyum selalu. 

No comments:

Post a Comment