1. Dudar (Caryota mitis) |
Dudar juga dikenali sebagai Fish Tail Palm kerana daunnya berbentuk seperti sirip ikan adalah sejenis palma yang berumpun yang mempunyai beberapa batang yang lurus dan mencapai ketinggian 3-5 meter. Mayangnya keluar bertandan, bercabang banyak dan berjuntai ke bawah. Buahnya berbentuk beri berdiameter 5 mm, berwarna hijau yang bertukar kemerahan apabila masak.
2. Palas kipas (Licuala grandis) |
Palma tunggal ini mendapat namanya dari daun yang yang berbentuk kipas, berukuran 50-60 cm panjang, tepi bergerigi kasar dan dan mempunyai lidi yang halus. Pelepahnya 70-90 cm panjang dan berduri kasar. Mayangnya melengkung sepanjang 1-2 meter. Bunganya berbentuk putih kekuningan manakala buahnya globos berdiameter 6-8 mm, berwarna hijau semasa muda dan bertukar merah apabila masak.
No comments:
Post a Comment